about hamba ALLAH ni...



'laluan dakwah tidak dibentang dengan karpet merah..sebab itu ianya jalan yang sangat susah..hanya orang terpilih dan mampu boleh terus berjalan dan sampai ke destinasi yang agung,syurga..'

Monday, March 20, 2017

take a little step away from you..

bismillah..

it take courages for just taking one step away from you,
my eyes just flooded with tears,
imagining how hard it is going to be,

just spare me one night,
only for tonight,

I want to hear your voice before dawn,

then, I'll be gone for your own good.

I'll always pray so Allah will protect you with His Mighty, His Love nad His Blessings..

Sunday, March 19, 2017

a fact that is hard to swallow..

bismillah..

a smile on my face covers the tears in my heart,:')

a fact that:
- aku sebagai 'hiburan' dia sebelum tidur
- masa diperuntukkan untuk aku hanya last2 dalam masa 24 jam sehari

dan banyak lagi...

Tuhan, kekuatan yang bagaimana lagi harus aku lakukan? semuanya sudah aku gunakan, tetapi peneman paling setia ialah air mata anugerah-Mu, Tuhan.
Tuhan, kefahaman apa lagi yang harus aku turutkan? semuanya sudah aku cuba fahamkan, tetapi seringkali juga aku diketepikan dan didiamkan.

bila aku cuba mengadu, semuanya ibarat angin lalu sebentar cuma, hanya menjadi halwa telinga yang tidak meninggalkan kesan kepada si pendengar.

tabahnya hatimu, wahai wanita. diperlakukan sebegini rupa, tetap juga kau pujuk hatimu untuk terus bertahan, bersama harapan yang dia akan berubah.
kuatnya hatimu, wahai wanita, disakiti berulang kali, tetapi dengan air mata kau menangis, lalu kau bangun esoknya dengan harapan baru.
sabarnya hatimu, wahai wanita, diuji bermacam cubaan, tetap juga kau teguh berdiri menyatakan kau sayang padanya, meskipun matamu tetap saja berpeluh basah dengan air mata.

semoga Tuhan memberikan aku kekuatan yang berjumlah besar, untuk terus mengukir senyuman dan terus hidup dengan harapan, kerana aku ingin menjadi manusia dan hamba-Nya yang penyayang dan memberi kasih sayang, walaupun aku sering disakiti tanpa henti. Aku boleh kerana Allah itu ada..

Saturday, March 11, 2017

No title, :)

oh Tuhan, apa semua ini?

sampai tahap apakah aku harus memahami semua ini?

hubungan apa seperti ini Tuhan?

jumaat dan sabtu, hanya itu diperuntukan untuk berhubung.

apa sebenarnya yg Kau mahu tunjukkan?

satu ku pinta oh Tuhan, berikan aku yang terbaik, berikan aku kekuatan, aku tahu, Kau lebih Mengetahui.

biarkan aku tetap menangis Tuhan, hanya Kau tahu keadaan diri ini.

hati ini sakit Tuhan, kuatkan Tuhan hati ini.

terima kasih.


Saturday, November 12, 2016

- Part of me is gone -

Assalamualaikum..

Lama tak menulis, bukan tak nak menulis tapi dah lupa p/w dan email sekali, teruk betul :P..

Nak dijadikan cerita, memang banyak sangat nak cerita tapi kekangan masa dan ruang tu buat saya tak sempat nak cerita semua..

Semangat nak menulis tu sentiasa ada, cuba diusahakan setiap masa walaupun tak ada orang nak baca, tapi minat saya dekat MENULIS dan NURSING tak akan pernah padam..

Nak dijadikan ceita, Encik Tunang tak rasmi tak ada dah..

"Kita putus..."

Dua perkataan, empat suku kata, dan seluruh yang dipertahankan selama 1 tahun 8 bulan++ hilang ibarat ditiup angin..

Tak sedih? Tidaklah..
- Hanya mampu menangis sehari suntuk sampai migrain dan tak larat nak angkat kepala pagi ni..

Tak sakit hati? Tidaklah..
- Cuma rasa mcm nak ambil pisau hat paling tajam sekali, nak belah dada ambil hati cincang sampai lumat..

Tak nak mula semula? Tidaklah..
- Encik Tunang sementara bukan barang, sama dengan saya. Sesuka hati mula semula ibaratnya luka yang semalam boleh sembuh dan elok hanya dalam satu malam. 

Memanglah saya rasa mcm bebas, tak ada orang nak risau lepas ni, tak perlu nak sakit hati setiap masa, kalau terasa pun tak berharap dah untuk orang lain baikkan..

Tapi..

Rasa kehilangan tu ada,
Rindu yang ada tak ada siapa nak sambut,
Kalau ada sesuatu nak share pun, tak tahu nak share dekat siapa dah lepas ni, selain dari Allah, parents sebab saya tak rapat dengan sesiapa,
Kenangan yang ada buang tabiat nak ingat semula setiap masa,
Ada rasa nak tulis puisi, tapi tak boleh bagi dekat dia dah

Nak mula semula?

Memang saya nak,
Tapi saya takut, hati saya rasa tak kuat kalau nak mula semula.
Saya takut kalau tak bagi komitmen dalam hubungan tu semula.
Luka yang ada sama ada dia atau saya tak mungkin sembuh dalam masa yang singkat.
Semua sakit hati, sedih, terasa, saya takut semua ni akan saya atau dia rasa kalau mula semula.
Takut ada step yang sama diulang semula, makin takut untuk mula semula.

Satu yang saya perlukan sekarang, 

Masa.

- The end -

#naknaliksabah..
#hekeepsonpersuading..
#justneedsometimealone..

Saturday, June 25, 2016

officially A PRE-DEGREE IIUM PHARMACY STUDENT~~~

assalamualaikum..

it's been a while since my last post,kan? when my lips couldn't utter the words out, then my next medium is writing, here in my blog.. Allah is always watching and observing what i'm writing.. so, it doesn't bother me anyway..

so, to begin with, its quite a long story, yet bear with me oh my INTERNET~~~ because i'm pretty sure this is going to be a long one post..

Alhamdulillah, i've been offered to assign myself together with my other PHARMACY'S colleagues to enroll in this PHARMACY'S kuliyyah~~~ hmm, although pharmacy is my second choice since i'm so into NURSING course, i believed that there's 'hikmah' behind all of these.. so, with Allah's blessings and permission, here i am, taking UNGS 2030,2040 AND 2050 for almost 2 months before i'm officially a BACHELOR STUDENT for PHARMACY kuliyyah, this september 2016..

well, there's some bumps and hardships though.. ok, start nak guna bm balik..

kena bagitau WAJIB pegi UNGS ni SEHARI sebelum kena mendaftar, and i was like WHAT THE HAL? raya nak dekat, cuti masih berbaki 2 BULAN kot, tiba-tiba kena suruh pegi benda ni.. masa ni lah, menadah telinga kena bebel dengan ayah dan umi (bergabung, meletop ohh eardrum), kenapa buat tergesa-gesa, kenapa tak tunggu raya baru pegi, tiket tak beli lagi, tiket mahal dan bla bla bla..

rasa bersalah tu tok sah kecek lah, menggunung tahap gaban, kalah nuhh gunung kinabalu.. adoyai, satu tiket mahal, satu x sempat nak habiskan puasa sebulan dekat rumah (balik sabah ngam-ngam malam raya kot).. heart breaking betul la.. sekarang ni, cuti raya hampir 2 minggu, sebab lecturer batal kelas, jadi cuti mula 5/7-17/7~~~ dan saya balik 8/7~~~ sebab lecturer lambat confirmkan, dan saya lambat bagitau ayah dan umi.. dan berHUHUHU la saya sorang-sorang dekat kl nanti~~~

tak tau macam mana nak describe perasaan yang tengah terumbang-ambing sekarang ni bagai digodak ombak setinggi 2 meter~~~ dan saya pun melalut tak tentu pasal~~~ ok, abaikan..

itu kisah 1...

kisah kedua, PHONE LENOVO A880 saya ROSAK bak hang~~~ timing pula dia nak rosak skrang.. kena sound lagi dengan ayah dan umi.. nasib ada kawan pinjamkan phone, mmg kena baiki sendiri la jawabnya, sebab umi dah sound awal-awal, ayah tak nak support dan saya pun faham kenapa.. tiket balik sabah dan balik kuantan SUPER DUPER MAHAL~~~ dan saya pun faham di situ.. hmm..

ok, dah habis cerita.. ibrahnya?

Allah sayang dengan hamba dia..
ada sesuatu yang saya dah buat, tanpa saya sedar Allah marah dan kecewa dengan perbuatan itu..
walaupun dengan ujian yang berbagai,
Allah sayang dengan hamba dia..
Allah hantarkan bantuan seperti :
1) kawan pinjamkan phone sebab dia bawa phone lebih
2) ayah dan umi tetap bagi sokongan walau duit dah habis banyak
3) tetap cukup makan, minum, pakaian dan tempat tinggal
4) tetap dikurniakan kesihatan dan semangat untuk belajar
5) encik tunang (poyo, :P ), walaupun tak sentiasa, tapi usaha untuk ada
6) demam banyak kali sebagai penghapus dosa

itu yang saya nampak dan rasa, yang Allah sembunyikan? 
jangan pernah sombong dengan Dia..
sentiasa bersyukur di setiap waktu dan ketka..
mohonlah pada Dia Yang Satu saja..
ingat kita hanya hamba yang lemah..
tanpa Dia, kita bukan sesiapa..
semua yang ada bukan milik kita..
hanya dipinjamkan Dia untuk sementara..
supaya kita sembah dan taat pada Dia..
bukan kerana ganjaran pahala..
tetapi..
kerana kita cintakan Dia..
sayangkan Dia..
rindukan Dia..
kerana..
hayat kita tidak panjang..
takut yang ada hanya dosa semata..
tanpa sekecil zarah amalan yang kita punya..
kerana..
syurga harganya tidak terkira..
masuk syurga bukan kerana banyaknya amal..
tetapi..
dengan rahmat Dia..
dengan kasih sayang Dia..
dengan izin Dia..
oleh sebab itu..
tunduklah sentiasa menyembah bumi..
usah mendongak bongkak ke langit..
kelak bila ajal sudah tiba..
taubat entah ke mana..
syahadahmu tidak terungkapkan..
kerana..
hilangnya ihsan Dia terhadapmu..
hilangnya kasih Dia terhadapmu..
hilangnya rahmat Dia terhadapmu..
kerana..
kita yang memerlukan Dia..
bukan sebaliknya..

#writtenbyD.U.A...
#marathon10malamterakhir...
#balikmalamraya..

Sunday, April 17, 2016

i'm graduating from CFS!!!

Assalamualaikum...

macam TERTERA dekat TITLE besar gedabak tu.. well, excited bak hang!!! :) .. mana taknya, hampir 2 tahun dekat CFS kan.. kengkawan yang lain dah DEGREE ok.. aku masih terstuck dekat CFS lagi..

TAPI!!!

aku LANGSUNG TAK MENYESAL.. miahahaha.. sebab banyak benda aku dapat dekat CFS ni.. contohnya, aku join jemaah.. jemaah apa? hmm, TOP CONFIDENTIAL.. x boleh state lagi.. but alhamdulillah sangat sbb since aku keluar sekolah menengah, aku memang tengah mencari benda ni.. dan Allah buka jalan untuk aku dapat jemaah ni dekat CFS.. satu lagi nikmat yang Allah izinkan aku untuk rasa..

CFS is such a great place.. sebab banyak benda aku belajar dekat sini.. satu perubahan yang sangat ketara which is confidence level aku untuk speaking depan orang ramai makin baik.. alhamdulillah.. kalau aku kena serkup jarang tiba-tiba kena suruh cakap dekat pun, aku boleh dengan syarat Allah izinkan.. :) ..

aku happy sebab benda tu.. sebab tak semua orang akan dapat benda tu kan? 'bersyukurlah dengan setiap nikmat yang Allah dah bagi sebab peluang kedua tidak akan sama dengan peluang yang pertama'..

another lebih kurang 3 minggu tolak tambah masa untuk mandi, melantak n etc, aku soon graduate dari CFS.. in shaa Allah dekat main camp which is dekat kuantan juga (mmg JODOH AKU kot dekat PAHANG NI :p ), aku nak pursue NURSING.. in shaa Allah sebab passion aku memang dekat NURSING.. ada ja yang tak menyokong dalam kalangan family aku sendiri..

BUT!!!

aku percaya ada sebab Allah buka juga jalan untuk aku teruskan dalam NURSING.. boleh jadi sesuatu yang kamu sukai itu, adalah buruk bagimu, dan boleh juga sesuatu itu yang kamu tidak sukai, adalah baik bagimu.. so, just keep faith in Allah and strive for the best, ummu sayang!!!

#writtenbyD.U.A..

Tuesday, March 8, 2016

runtuhnya aku..

aku tahu runtuhnya aku bila aku mula text kau balik.. :) .. bodohnya aku.. sudah dibuang, aku minta dikutip semula.. kenapa? aku balik tanya dekat diri sendiri, perlukah merasa sakit itu lagi? perlukah aku kembali semula? adakah aku terlalu bodoh? kenapa air mata ini perlu mengalir lagi sayang ummu? siap buat lawak bodoh.. haha.. BODOH.. memang aku bodoh sebab buat benda gila ni.. memang aku bodoh sebab nak balik dekat kau.. memang aku bodoh sebab semua ni.. aku sakit wei.. aku tak tahu nak buat apa.. aku tak tahu nak share dekat siapa.. apa mampu aku buat? menangis.. menangis.. dan terus menangis.. saat menulis ini juga air mata ku mengalir macam air sungai yang sangat deras.. tabahlah wahai hati.. Allah sedang menguji..