about hamba ALLAH ni...



'laluan dakwah tidak dibentang dengan karpet merah..sebab itu ianya jalan yang sangat susah..hanya orang terpilih dan mampu boleh terus berjalan dan sampai ke destinasi yang agung,syurga..'

Sunday, March 19, 2017

a fact that is hard to swallow..

bismillah..

a smile on my face covers the tears in my heart,:')

a fact that:
- aku sebagai 'hiburan' dia sebelum tidur
- masa diperuntukkan untuk aku hanya last2 dalam masa 24 jam sehari

dan banyak lagi...

Tuhan, kekuatan yang bagaimana lagi harus aku lakukan? semuanya sudah aku gunakan, tetapi peneman paling setia ialah air mata anugerah-Mu, Tuhan.
Tuhan, kefahaman apa lagi yang harus aku turutkan? semuanya sudah aku cuba fahamkan, tetapi seringkali juga aku diketepikan dan didiamkan.

bila aku cuba mengadu, semuanya ibarat angin lalu sebentar cuma, hanya menjadi halwa telinga yang tidak meninggalkan kesan kepada si pendengar.

tabahnya hatimu, wahai wanita. diperlakukan sebegini rupa, tetap juga kau pujuk hatimu untuk terus bertahan, bersama harapan yang dia akan berubah.
kuatnya hatimu, wahai wanita, disakiti berulang kali, tetapi dengan air mata kau menangis, lalu kau bangun esoknya dengan harapan baru.
sabarnya hatimu, wahai wanita, diuji bermacam cubaan, tetap juga kau teguh berdiri menyatakan kau sayang padanya, meskipun matamu tetap saja berpeluh basah dengan air mata.

semoga Tuhan memberikan aku kekuatan yang berjumlah besar, untuk terus mengukir senyuman dan terus hidup dengan harapan, kerana aku ingin menjadi manusia dan hamba-Nya yang penyayang dan memberi kasih sayang, walaupun aku sering disakiti tanpa henti. Aku boleh kerana Allah itu ada..

No comments:

Post a Comment