about hamba ALLAH ni...



'laluan dakwah tidak dibentang dengan karpet merah..sebab itu ianya jalan yang sangat susah..hanya orang terpilih dan mampu boleh terus berjalan dan sampai ke destinasi yang agung,syurga..'

Saturday, June 25, 2016

officially A PRE-DEGREE IIUM PHARMACY STUDENT~~~

assalamualaikum..

it's been a while since my last post,kan? when my lips couldn't utter the words out, then my next medium is writing, here in my blog.. Allah is always watching and observing what i'm writing.. so, it doesn't bother me anyway..

so, to begin with, its quite a long story, yet bear with me oh my INTERNET~~~ because i'm pretty sure this is going to be a long one post..

Alhamdulillah, i've been offered to assign myself together with my other PHARMACY'S colleagues to enroll in this PHARMACY'S kuliyyah~~~ hmm, although pharmacy is my second choice since i'm so into NURSING course, i believed that there's 'hikmah' behind all of these.. so, with Allah's blessings and permission, here i am, taking UNGS 2030,2040 AND 2050 for almost 2 months before i'm officially a BACHELOR STUDENT for PHARMACY kuliyyah, this september 2016..

well, there's some bumps and hardships though.. ok, start nak guna bm balik..

kena bagitau WAJIB pegi UNGS ni SEHARI sebelum kena mendaftar, and i was like WHAT THE HAL? raya nak dekat, cuti masih berbaki 2 BULAN kot, tiba-tiba kena suruh pegi benda ni.. masa ni lah, menadah telinga kena bebel dengan ayah dan umi (bergabung, meletop ohh eardrum), kenapa buat tergesa-gesa, kenapa tak tunggu raya baru pegi, tiket tak beli lagi, tiket mahal dan bla bla bla..

rasa bersalah tu tok sah kecek lah, menggunung tahap gaban, kalah nuhh gunung kinabalu.. adoyai, satu tiket mahal, satu x sempat nak habiskan puasa sebulan dekat rumah (balik sabah ngam-ngam malam raya kot).. heart breaking betul la.. sekarang ni, cuti raya hampir 2 minggu, sebab lecturer batal kelas, jadi cuti mula 5/7-17/7~~~ dan saya balik 8/7~~~ sebab lecturer lambat confirmkan, dan saya lambat bagitau ayah dan umi.. dan berHUHUHU la saya sorang-sorang dekat kl nanti~~~

tak tau macam mana nak describe perasaan yang tengah terumbang-ambing sekarang ni bagai digodak ombak setinggi 2 meter~~~ dan saya pun melalut tak tentu pasal~~~ ok, abaikan..

itu kisah 1...

kisah kedua, PHONE LENOVO A880 saya ROSAK bak hang~~~ timing pula dia nak rosak skrang.. kena sound lagi dengan ayah dan umi.. nasib ada kawan pinjamkan phone, mmg kena baiki sendiri la jawabnya, sebab umi dah sound awal-awal, ayah tak nak support dan saya pun faham kenapa.. tiket balik sabah dan balik kuantan SUPER DUPER MAHAL~~~ dan saya pun faham di situ.. hmm..

ok, dah habis cerita.. ibrahnya?

Allah sayang dengan hamba dia..
ada sesuatu yang saya dah buat, tanpa saya sedar Allah marah dan kecewa dengan perbuatan itu..
walaupun dengan ujian yang berbagai,
Allah sayang dengan hamba dia..
Allah hantarkan bantuan seperti :
1) kawan pinjamkan phone sebab dia bawa phone lebih
2) ayah dan umi tetap bagi sokongan walau duit dah habis banyak
3) tetap cukup makan, minum, pakaian dan tempat tinggal
4) tetap dikurniakan kesihatan dan semangat untuk belajar
5) encik tunang (poyo, :P ), walaupun tak sentiasa, tapi usaha untuk ada
6) demam banyak kali sebagai penghapus dosa

itu yang saya nampak dan rasa, yang Allah sembunyikan? 
jangan pernah sombong dengan Dia..
sentiasa bersyukur di setiap waktu dan ketka..
mohonlah pada Dia Yang Satu saja..
ingat kita hanya hamba yang lemah..
tanpa Dia, kita bukan sesiapa..
semua yang ada bukan milik kita..
hanya dipinjamkan Dia untuk sementara..
supaya kita sembah dan taat pada Dia..
bukan kerana ganjaran pahala..
tetapi..
kerana kita cintakan Dia..
sayangkan Dia..
rindukan Dia..
kerana..
hayat kita tidak panjang..
takut yang ada hanya dosa semata..
tanpa sekecil zarah amalan yang kita punya..
kerana..
syurga harganya tidak terkira..
masuk syurga bukan kerana banyaknya amal..
tetapi..
dengan rahmat Dia..
dengan kasih sayang Dia..
dengan izin Dia..
oleh sebab itu..
tunduklah sentiasa menyembah bumi..
usah mendongak bongkak ke langit..
kelak bila ajal sudah tiba..
taubat entah ke mana..
syahadahmu tidak terungkapkan..
kerana..
hilangnya ihsan Dia terhadapmu..
hilangnya kasih Dia terhadapmu..
hilangnya rahmat Dia terhadapmu..
kerana..
kita yang memerlukan Dia..
bukan sebaliknya..

#writtenbyD.U.A...
#marathon10malamterakhir...
#balikmalamraya..