about hamba ALLAH ni...



'laluan dakwah tidak dibentang dengan karpet merah..sebab itu ianya jalan yang sangat susah..hanya orang terpilih dan mampu boleh terus berjalan dan sampai ke destinasi yang agung,syurga..'

Monday, March 20, 2017

take a little step away from you..

bismillah..

it take courages for just taking one step away from you,
my eyes just flooded with tears,
imagining how hard it is going to be,

just spare me one night,
only for tonight,

I want to hear your voice before dawn,

then, I'll be gone for your own good.

I'll always pray so Allah will protect you with His Mighty, His Love nad His Blessings..

Sunday, March 19, 2017

a fact that is hard to swallow..

bismillah..

a smile on my face covers the tears in my heart,:')

a fact that:
- aku sebagai 'hiburan' dia sebelum tidur
- masa diperuntukkan untuk aku hanya last2 dalam masa 24 jam sehari

dan banyak lagi...

Tuhan, kekuatan yang bagaimana lagi harus aku lakukan? semuanya sudah aku gunakan, tetapi peneman paling setia ialah air mata anugerah-Mu, Tuhan.
Tuhan, kefahaman apa lagi yang harus aku turutkan? semuanya sudah aku cuba fahamkan, tetapi seringkali juga aku diketepikan dan didiamkan.

bila aku cuba mengadu, semuanya ibarat angin lalu sebentar cuma, hanya menjadi halwa telinga yang tidak meninggalkan kesan kepada si pendengar.

tabahnya hatimu, wahai wanita. diperlakukan sebegini rupa, tetap juga kau pujuk hatimu untuk terus bertahan, bersama harapan yang dia akan berubah.
kuatnya hatimu, wahai wanita, disakiti berulang kali, tetapi dengan air mata kau menangis, lalu kau bangun esoknya dengan harapan baru.
sabarnya hatimu, wahai wanita, diuji bermacam cubaan, tetap juga kau teguh berdiri menyatakan kau sayang padanya, meskipun matamu tetap saja berpeluh basah dengan air mata.

semoga Tuhan memberikan aku kekuatan yang berjumlah besar, untuk terus mengukir senyuman dan terus hidup dengan harapan, kerana aku ingin menjadi manusia dan hamba-Nya yang penyayang dan memberi kasih sayang, walaupun aku sering disakiti tanpa henti. Aku boleh kerana Allah itu ada..

Saturday, March 11, 2017

No title, :)

oh Tuhan, apa semua ini?

sampai tahap apakah aku harus memahami semua ini?

hubungan apa seperti ini Tuhan?

jumaat dan sabtu, hanya itu diperuntukan untuk berhubung.

apa sebenarnya yg Kau mahu tunjukkan?

satu ku pinta oh Tuhan, berikan aku yang terbaik, berikan aku kekuatan, aku tahu, Kau lebih Mengetahui.

biarkan aku tetap menangis Tuhan, hanya Kau tahu keadaan diri ini.

hati ini sakit Tuhan, kuatkan Tuhan hati ini.

terima kasih.