about hamba ALLAH ni...



'laluan dakwah tidak dibentang dengan karpet merah..sebab itu ianya jalan yang sangat susah..hanya orang terpilih dan mampu boleh terus berjalan dan sampai ke destinasi yang agung,syurga..'

Wednesday, February 19, 2014

nukilan untuk awak yang telah saya sakiti...

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...:)
mungkin awak tak perasan,setiap kali awak balas text saya,tak kan terlepas tanda smiley tu...tapi sejak beberapa insiden,awak tak letak dah tanda tu,ya,saya akui saya agak tersinggung sebab tanda tu seolah-olah dah jadi trademark awak yang mana bagi petanda dekat saya yang awak happy...

hamba ALLAH yang dikasihi,
awak,mungkin perkataan maaf ini dah jadi lali bagi awak,tapi bagi seorang pesalah seperti saya,saya mohon maafkanlah saya dengan seikhlas hati awak...mungkin tak setanding dengan kesalahan yang saya dah buat dekat awak...tapi saya hanya hamba ALLAH yang serba kekurangan awak...

awak,saya tahu,saya dah paksa awak untuk buat sesuatu tanpa kerelaan hati awak...memang saya selfish dan kejam...saya tak cuba untuk terangkan dengan jelas dekat awak,fahamkan awak dengan sempurna,saya hanya mengikut kata hati yang terlalu mendesak awak masa tu...maafkan saya...

awak,sejujurnya,sampai sekarang perasaan saya dekat awak tak pernah berubah,tapi saya simpan perasaan tu untuk bakal suami saya,insya-ALLAH sekiranya ALLAH masih panjangkan umur saya untuk merasai kemanisan dan kepahitan alam berumah tangga...

awak,satu fakta menarik yang saya dapat sepanjang kenal dengan awak,awak memang seorang yang jarang marah,buktinya hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI...awak sangat menjaga ikatan silaturrahim antara sesama muslim,kawan-kawan awak...jujur saya cemburu dengan sikap awak...

mungkin sekarang ni,awak nak lupakan saya terus dalam kotak fikiran awak kan?tak pe,saya faham dan saya rasa itu yang terbaik buat awak...maafkan saya...

awak,saya dah buat keputusan untuk jauhkan diri daripada awak,mungkin bagi awak mcm klise kan?saya tak ingat dah berapa kali saya cakap benda yang sama kan?tapi alih-alih saya yang akan cari awak dulu...maafkan saya...

awak,saya betul-betul harap awak akan jumpa muslimah dan hamba ALLAH yang solehah setanding dengan awak,saya rasa saya memang tak layak untuk awak lepas apa yang saya dah buat dekat awak selama ni...halalkan semua yang awak pernah cakap dekat saya,bagi dekat saya,hanya ALLAH yang dapat balas semua tu...maafkan saya...

awak.awak sangat baik untuk disakiti lebih-lebih  lagi oleh seorang mcm saya,jadi saya minta sangat move on,cari orang yang boleh gantikan tempat saya...insya-ALLAH ALLAH akan temukan awak dengan calon yang sesuai pada masa yang sepatutnya...

tapi satu je yang saya nak cakap dekat awak,insya-ALLAH harapan saya mcm yang pernah saya cakap dalam cerpen saya tu,saya akan ingat sampai bila2...kalau awak dah jumpa pengganti saya,please let me know...insya-ALLAH saya akan cuba...tak saya mesti cuba untuk lepaskan perasaan saya dekat awak...tapi untuk masa sekarang,biarlah kita mcm ni...

awak,satu je yang saya perlukan daripada awak sekarang ni,maafkan saya dengan sepenuh hati dan seikhlas hati awak...saya tak tau bila malaikat izrail akan cabut nyawa saya...itu je permintaan terakhir saya dekat awak...maafkan saya...

insya-ALLAH,saya akan cuba...tak saya mesti jauhkan diri daripada awak,insya-ALLAH mungkin selama-lamanya,hanya takdir ALLAH yang boleh menemukan kita semula...cuma mungkin saya akan jumpa awak kalau ada sangkut paut tentang hal ITC...tapi kalau boleh saya akan elakkan,supaya awak tak rasa terbeban sangat...

insya-ALLAH,mungkin itu yang terakhir daripada saya untuk awak...sekali lagi maafkan saya...assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

ya ALLAH...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

alhamdulillah,ALLAH masih lagi memberikan peluang untuk aku menggunakan setiap nikmat yang diberikan-NYA,wallahua'lam,aku tidak tahu sama ada aku sudah menggunakan setiap nikmat yang telah diberikan dengan sebaik mungkin atau tidak,salah satunya adalah nikmat perasaan...ya...setiap makhluk ALLAH itu dikurniakan dengan perasaan...semuanya daripada ALLAH,subhanallah...

aku juga tidak terlepas daripada menerima nikmat tersebut...alhamdulillah betapa manisnya nikmat yang ALLAH berikan itu...sehingga kadang-kadang membuatkan aku lupa,alpa,lalai daripada mencari cinta-MU yang sebenar yang selama ini tanpa aku sedari begitu aku dambakan...astaghfirullahalazim...betapa lalainya aku ya ALLAH...dalam mengejar cinta manusia yang tidak hakiki,cinta-MU aku tinggalkan jauh di belakang...

namun,engkau MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG...engkau tidak pernah memalingkan nikmat-MU daripada aku...aku bersyukur dengan tidak terhingga kerana engkau masih sayang dan ingin aku berubah kepada yang lebih baik berbanding sebelumnya...alhamdulillah ya ALLAH,aku merasakan perubahan itu,walaupun sedikit tetapi aku yakin dengan anugerah-MU ya ALLAH,aku berpegang dengan kata-kata ini,'berdikit-dikit lama-lama jadi bukit',meskipun apa yang aku kerjakan ini tidak ada taranya dengan apa yang dilakukan oleh nabi yang mulia beserta para sahabatnya dan para ulama dan alim yang selainnya,tetapi aku yakin dengan ganjarannya nanti ya ALLAH,hanya engkau yang MAHA MENGETAHUI tentang hati hamba-MU ya ALLAH...

ya ALLAH,aku merasakan bahawa aku telah berlaku kejam terhadap seorang hamba-MU ya ALLAH,tanpa aku sedar,dalam aku memperbaiki diriku,aku tergamak melukakan hati seorang insan yang mana bagiku pernah singgah sementara dalam hatiku...ya ALLAH,sememangnya tindakanku itu berlaku tanpa pengawasan pemikiranku yang waras,aku terlalu ikutkan perasaan hatiku...sehingga aku sanggup melukakan hatinya ya ALLAH...

kenapa aku tidak cuba untuk menerangkan hal yang sebenar kepadanya?ya ALLAH,aku terlalu mendambakan cinta selepas nikah,dan dia juga sependapat dengan aku,dengan sewenang-wenangnya aku memaksa untuk mengucapkan ayat yang mana bagi aku sendiri susah untuk dikatakan ya ALLAH,apatah lagi ketika itu hatinya masih untuk aku...

ya ALLAH,aku mengaku bahawa aku takut untuk dilukai apatah lagi oleh insan yang bernama lelaki,untuk mengelakkan aku merasai kesakitan tersebut,aku bertindak melulu dengan menyakitkan hatinya terlebih dahulu,kejamnya aku ya ALLAH...meskipun begitu,dia tetap sabar dan hormat dengan segala keputusan yang aku buat,dia seolah-olah pasrah dengan apa yang perlakukan kepadanya,mungkin tidak mahu memanjangkan perkara ini...

ya,masih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan selain benda yang remeh-temeh ini,ya ALLAH,aku selalu berfikir tentang tugasku sebagai hamba-MU di muka bumi ini, sudahkah aku lakukan meskipun tidak sempurna?tugasku sebagai anak,kakak,masyarakat dan seterusnya?ya ALLAH,aku tidak berdaya ya ALLAH...

ya ALLAH,engkau telah mengirimkan kepada aku seorang hamba ataupun yang aku gelarkan akh dan seorang sahabat yang alhamdulillah memberikan sedikit sebanyak panduan terhadap diriku...ya ALLAH,mungkin aku sepatutnya...tidak...aku mesti menjauhkan diri daripadanya...aku mesti tegas dalam keputusanku...aku tidak boleh menyembuhkan hatinya yang luka melainkan dengan kata-kata maaf yang mungkin sudah lali baginya...

ya ALLAH,bantulah aku dalam menjauhkan diri daripadanya,aku perasan selama aku menjauhkan diri daripadanya,akhirnya aku juga yang terhegeh-hegeh mencarinya kembali...huh...aku lemah dan aku berat untuk mengatakan bahawa aku memang menjadi hamba cinta!...astaghfirullahalazim...

ya ALLAH,jika memang benar dia adalah jodohku,maka satukanlah kami dalam keimanan dan ketakwaan-MU ya ALLAH...tetapi jika memang benar dia bukan jodohku,maka pisahkanlah kami dalam keimanan dan ketakwaan-MU juga ya ALLAH...

ya ALLAH,memang aku telah melakukan kesalahan terhadap dirinya dengan tindakan ku yang memang melulu dan terburu-buru,aku naif dan lemah ya ALLAH...mungkin selama-lamanya aku akan dihantui dengan perasaan bersalah ini...hanya engkau yang mampu membantuku ya ALLAH...

ya,aku tekad dengan keputusan aku...bantulah aku ya ALLAH dengan menjihadkan diriku dengan mencari keredhaan-MU ya ALLAH...aku tahu masih banyak yang perlu aku kejarkan di dunia yang semestinya akan lenyap tidak lama lagi...

ya ALLAH,labuhkanlah rinduku hanya untuk-MU,labuhkanlah cintaku hanya untuk-MU,labuhkanlah rasa kasih dan sayangku hanya untuk-MU ya ALLAH...bantulah aku dalam menghadapi semua ini...

subhanallah hu wani'mal wakil...teguhkan keyakinanku hanya kepada-MU ya ALLAH...
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Sunday, January 5, 2014

triangle love...

'ummi,for you're information,aku tak tertarik langsung dengan kau,dah lah dengan perangai budak2 kau tu,pakaian tak up-to-date,ada hati nak suka dengan aku,wei,cerminlah dulu diri kau tu'
huh,amek kau,pedas tahap dah pecah kepala kot ayat penyata si AL-BASRI ni dekat aku,dah lah depan public ni,agak2 lah kalau nak cakap tu,nasib baik tak keluar ayat2 kesat tau...

'and,one fact that you must know is that aku suka dgan kawan baik kau a.k.a FARA JASMINE tu,so,back off lah minah budak2!huh!'
urgh,dalam hati memang ALLAH je lah yg tahu,sakit wei,mcm kaca terhempas dekat batu yg hujung dia runcing taha tu,aduss...

tajam gila kot ayat dia tu,tak BERPERIKEMANUSIAAN!tapi sesakit hati yg aku rasa ni,at least kan aku dah siap dah kot dgn jawapan dia tu,memang aku dah agak dah yg dia memang ada hati dgn fara tu(kawan baik aku da),tapi hati aku ni yg degil tahap gaban nak juga suka dekat dia,sbb dah ALLAH bagi perasaan suka aku tu dekat dia,tak boleh nak tolak wei,hahahaha...

hmm,alhamdulillah,sekarang ni aku dah buang jauh nun dekat gunung everest tu perasaan aku dekat dia,biar tak terkenang-kenang lagi,hahaha,tapi setakat yg aku tau lah kan,fara pun tak balas perasaan dia juga,hah!you deserve it bro,sepa suruh cakap yg bukan2 kan,kan ALLAH dah bagi balasan yg setimpal!lagipun fara  tak sesuai lah dgn mamat poyo tu,neither do me okay!hmm,ada hikmah kot di sebalik semua ni...

hmm,nak dijadikan cerita,

'ummi,aku ada hal sikit nak cakap dgn kau ni...jumpa aku dekat kantin sekolah lepas kelas bio k...'
'huh?hadi!...'

lah,tak sempat lagi nak tanya,mamat tu dah blah macam tu je,huish,apekehal lah pula mamat tu tetiba nak jumpa aku pula?sebelum ni,kitaorang tak pernah rapat pun,tak ada ribut tak ada angin hah,tetiba nak jumpa aku pula,hmm,curiosity surrounds me!

'hmm,mana pula si hadi ni,kata nak jumpa lepas kelas bio,tak nampak batang mata pun...'
2 minutes later...

'assalamualaikum ummi,sory aku lambat sikit,ada hal tadi...'
mak aih,kus semangat,tapi kira ok lah,dia bagi salam kot...
'waalaikumussalam,oh tak pe,aku pun baru sampai kot,haha...'

padahal,dah mandi kot bawah ketiak aku dek peluh dok menunggu dia,tapi kenapa dia macam speechless je ni?erk,pelik lah pula...

'emm,sebenarnya...aku...aku...aku...'
hah,sudah tetiba pula keluar gagap dia,tapi tak pernah pun aku nampak dia gagap dgn orang lain,dgn aku je kot dia macam ni,haish,pehal pula dah ni?

'emm,hadi,kenapa kau tetiba gagap pula ni?cuba kau tarik nafas then lepas pelan2,insya-ALLAH ok tu...'
'emm,tak,aku ada benda penting nak bagitau dgn kau ni...'

'benda apa hadi?cepatlah,aku nak balik cepat ni,lagipun tak baik lah jumpa macam ni,takut jadi fitnah lah pula...'
'tak,ummi,aku...dah lama suka dekat kau,since kita sama2 sekolah rendah sama2 dulu...'

mak aih,even sekolah aku ni dah haramkan pakai make up macam blusher a.k.a pemerah pipi tu kan,tapi memang dah merah kot pipi aku ni!kenapa lahh pula dia tiba2 nak confess feeling dia ni?ataupun dia just nak main2kan aku ni?no!!!aku baru kot nak perasan lebih2 plus berangan2 nanti!omg!

'huh?you've got to be joking right?hadi,kau tak serius merius kan?dah lah wei,kalau kau just nak main2kan aku lepas A.B buat dgn aku,baik tak payah lah...'
'ummi,aku tak pernah main2 dgn perasaan ni,aku yakin ALLAH yg turunkan perasaan tu dgn aku untuk kau'
'well,hadi untuk pengetahuan kau,aku tak pernah dan tak akan pernah percaya dgn feeling kau tu lepas apa yg A.B pernah buat dgn aku,and that's it!'

nah kau,bila ummi berbicara memang pedas memedas lah jawabnya...tapi kan kenapa hati aku macam memedih-medih ni bila cakap benda2 tu dgn hadi tadi eh?well,aku amek je beg sandang aku then aku terus blah macam tu je...

aku memang dah fobia tahap gaban dgn insan yg namanya LELAKI ni,lepas apa yg A.B pernah buat dekat aku dulu.sakit dia memang masih terasa sampai sekarang,tapi aku tak pernah dendam ok!babah dgn mama aku tak pernah didik aku dgn adik2 aku ni dgn sifat dendam ni,tak baik wo!

esok hari dia kan,
'ummi,kau tau tak yg hadi dah pindah pegi johor balik ikut ayah dia?baru tadi dia inform dgn kelas kita tapi kau lambat sampai lah...'
tu dia,jatuh wei rahang aku dengar fara cakap macam tu,padahal baru semalam kot dia confess dgn aku,alamak!

'fara,dia dekat mana sekarang?aku mesti jumpa,wajib!'
'huh?hmm,kalau tak silap aku macam dia jumpa dgn guru kelas kita tu,dekat bilik guru...'
'k,thanks,sayang kau wei!'
hadi,wait for me!!!:)

termengah-mengah wei aku kejar dia sampai depan pintu bilik guru tu,nasib baik lah dia tak masuk lagi kan...

'hadi!wei,apesal kau tak bagitau yg kau nak pindah?tiba2 pula tu?kau tak sayang aku eh?'
'wuish,kau ni mie,agak2lah soalan tu kot,btw,macam mana kau tau yg aku nak pindah ni?padahal kau tak ada dalam kelas tadi kan?'
'fara yg bagitau aku tadi...hadi,tak payah lah pindah nanti aku nak...'lebih kepada berbisik kot ayat aku tu...
'kau nak apa?'
'aku...nak...kahwin dgn sape?'

zupp,aku lari terus wei lepas aku cakap macam tu,hahaha,tergelak sakan wei bila aku ingat balik kisah lama tu...
well,lepas je event tu,hadi tetap pindah pegi johor tapi satu je yg buat aku keep on holding to his hopes,that is...

'ummi,aku tak minta apa2 dgn kau,just satu je aku nak cakap,aku ikhlas dgn perasaan aku dgn kau dan kalau boleh aku nak jadikan kau yg halal bagi aku,insya-ALLAH till jannah...'

hmm,sweeet kan?well,itu lah yg buat aku yakin yg dia memang untuk aku bila tiba masa dia,insya-ALLAH...

P/S:nukilan khas untuk UMMI SYAHDEENA IZZATTI BINTI SAIDI,mie siap sudah,hope kau suka,ha3...komen dekat fb ja arh,nama memang aku guna yg real punya k mie...biar kau ada feel sikit ha3...sayang kau mie,lillahitaa'la...